Belum Ada Rezeki..2 kali keguguran

November 20, 2020


After 2 months, Naa baru rasa kuat untuk share my own experience here.. 


Terlebih dulu, Syukur Alhamdulillah...
Allah tetap rezekikan Naa untuk merasai pengalaman pregnant, untuk kali ke-4 walaupun keguguran. 
The feeling of being pregnant tu memang susah nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi semua mommies akan faham kan. 

Boleh baca my blog post about my 1st miscarriage for my 3rd pregnancy 👉🏻 HERE 👈🏻

For my 4th pregnancy..I was super excited, sebab berjaya pregnant 3 months after my miscarriage in May 2020.

Tapi walaupun excited and happy sangat, disebabkan my previous miscarriage..Naa memang extra fobia and risau all the time! Especially bila nak ke toilet, Naa paling risau kalau detect any spotting. Because last time pun, it all started with spotting and heavy bleeding at 7weeks+ 

And most of the nights, Naa banyak mimpi pelik-pelik jugak 😣 nightmares! 2 days before heaving heavy bleeding, Naa memang mimpi terberanak sambil berdiri, lepas bila duduk memcangkung..nampak ada 3/4 janin (baby yang tak fully develop lagi) keluar satu persatu. It was so scary and menyedihkan. Sampai terjaga dari mimpi pun Naa dok terbawak emosi tu.. 😭

Masa tu, Naa memang rasa agak lemah jugak. Pada masa sama Naa cuba untuk mentally prepared for anything yang mungkin berlaku. I want to stay positive, but at the same time..taknak terlalu mengharap. Jadi, i leave it to Allah 🙏🏼 Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua dan semua hanya berlaku dengan izin Allah. 

Kat sini, Naa memang keep record all the chronology..  
apa yang jadi. So this is for me to remember as well apa yang berlaku.. 

4th Pregnancy 🤰🏻 


1st day period : 5 August

1st Positive Test : 6 September (sunday)

2nd Positive Test: 17 Sept (thursday)


Brown discharge : 18 Sept (friday), malam

Heavy bleeding 🩸: 20 Sept (Sunday), started 5am

Every 1 hour have to change pad

Fresh blood, red, cair, Cramping lower abdomen


Very light bleeding: 21 Sept (Monday),

Went to Hospital Ampang 

  • urine test, makin pudar 2 lines 
  • ke EPAU, dr scan and bagitahu pregnancy tak menjadi and minta terus warded untuk tunggu dia gugur
  • Before masukkan ke wad, check darah dan ambil darah semua and cucuk jarum(IV?) untuk prepare for D&C procedure esok pagi (selasa)
  • O&G specialist tengok report and do the scan again, katanya lambat lagi POC nak jatuh keluar. So dia bagi pilihan; balik dulu tunggu 2 weeks and do D&C atau terus stay buat D&C esok pagi. Tapi kena start puasa and tunggu if slot available 😥
  • So terus made a decision balik dulu, terus keluar wad 5pm


Wednesday malam(23 Sept)

  • Heavy bleeding 🩸 POC keluar dengan blood clots sangat banyak(macam jelly texture), duduk dan teran dalam toilet. Collected all of them untuk tanam. 


Thursday malam(24 Sept) 

  • keluar kantung sebesar almost 1 tapak tangan
  • Kumpul sekali untuk tanam 


Monday, 5 october 

  • went Hospital Pantai Ampang jumpa Dr Suhaimi
  • Scan and nampak macam ada tak keluar habis lagi, dr advised to do D&C juga ASAP! 😥
  • Discussed with umi, and najiha tolong booking D&C at KBMC, KB hari Sabtu

Rabu, 7 October gerak balik kelantan dengan anak-anak sekali..


Saturday, 10 october

  • went to KBMC, jumpa Dr Aira
  • Dr checked, suspected benda asing tu adalah polyps/fibroid
  • Dr bagi antibiotics dulu, than follow up semula lepas 1 week
  • No need to do D&C sebab uterus line dah nipis jer. Takut akan lukakan jer pulak and kacau chances to get pregnant again


Isnin, 12 October

  • Mula 3 hari straight urut dan tungku dengan bidan, Cik Lah
  • Keluar lagi saki baki sikit macam cebisan kantung/uri
  • Darah tinggal sikit sikit jer


Thursday, 15 october

  • Follow up semula dengan Dr Aira, KBMC
  • Bila scan nampak macam yang tinggal tu adalah 2cm fibroid(tapi tak perlu risau, sepatutnya tak ganggu apa-apa
  • Nampak dah mula subur semula, telur ovari dah membesar, “dah boleh mencuba semula” kata Dr 🤭
  • Lepas tu, pergi jumpa Ustaz untuk rawatan Islam juga. Kita just check if ada apa-apa gangguan.. 
  • InSyaaAllah, Semua will be fine 🙏🏼


So sambung lah PKPB di Kelate dengan ubatkan hati dan sihatkan semula badan 💪🏻




Kalini memang it hit me hard! 
Sekali keguguran pun dah rasa pedihnya tu..
Apatah lagi bila 2 kali berturut-turut dalam tahun yang sama, selang 4 bulan jer. 

Tapi masa tengah miserable and down sangat tu, 
Naa mmg susah nak tidur, and i read a lot! Banyak baca about pregnancy and miscarriage. Naa baca jugak banyak perkongsian from other mommies yang experience benda yang sama. And semua bila baca, Naa rasa apa yang kitorang went through is almost the same! And i can feel their emotions and grief 😢 tapi semua mommies ni sangat kuat. Malah ada ramai yang jauh lagi kuat diuji, with 3-4-5 kali keguguran. And ada yang lalui ni berulang kali, memang masih tetap kuat untuk keep on trying💪🏻 Ada some of them dah ada anak sebelum ni, and ada yang memang belum ada anak sorang pun. 

So, bila Naa baca perkongsian other mommies..confirm lah akan menangis. And pada masa sama, i feel blessed and syukur yang sebelum ni Naa tak ada pun masalah untuk pregnant and Allah dah kurniakan 2 healthy boys with me now. Abang Danial dah 10 yrs, adik Danish dah 6 yrs 

This was the last picture, 4 of us with the little baby yang masih ada dalam perut mommy before the bleeding..


Memang masa ni, Naa dah rasa extra penat pun. Takde tenaga..asyik nak tidur jer mata. And 2 kali experience sebelum keguguran, Naa akan rasa badan panas semacam, tak selesa.. Then, akan mula nampak kesan spotting dekat pantyliner. 

For some people, spotting during pregnancy tu biasa. Dan walaupun bleeding, ada jer pregnancy yang survive and ok. But for me, 2 kali Naa pregnant yang 1st and 2nd Naa memang tak ada spotting and bleeding. So bila ada spotting and bleeding tu, memang ada something wrong lah. 

And ramai jugak salah faham, mengatakan keguguran berlaku sebab faktor pergerakan mak berlebihan , atau salah makan. 
Tu semua tak betul ya 😅 ramai tak tahu yang kejadian Allah buat ni cukup sempurna. Bila persenyaawan berlaku, dan janin terbentuk dengan sempurna..InSyaaAllah the baby will survive dan selamat dilahirkan. Tapi, jika waktu pembentukan janin tak sempurna..not fully develop atau ada kecacatan pada kromosom, naturally keguguran akan berlaku. Sebab itulah yang terbaik untuk mommy and baby. 

So stop blaming or cakap “macamana boleh gugur?” 
Kalau ada yang tanya jugak,  just jawab “Innalillahiwainna ilaihirojiun” semua datang dariNYA dan kembali padaNYA.. 🙏🏼

Setiap rezeki, jodoh, ajal maut semuanya pun dah ditentukan. Cuma kita jer tak tahu
Tetapi, selagi mana kita hidup..masih ada peluang untuk kita berusaha lakukan yang terbaik! 

To all mommies who lost their babies, 
STAY STRONG! Percaya pada rezeki dan ketentuannya. Pasti ada rezeki yang lebih baik di hadapan InSyaaAllah.. 
Semoga kita semua sekeluarga dapat berkumpul di  syurga nanti yang kekal abadi 💕
 
Next post, Naa akan share in details pengalaman berpantang selepas keguguran ya ☺️
 

You Might Also Like

0 comments

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram