Cerita Raya Kami di Kelate 2019
June 18, 2019#TeamRaya mana u’olls this year??
Kami #teamrayakelate 😁
Ahamdulillah, perjalanan #kelikkelate pun dipermudahkan, only 6 hours+ and masa balik semula ke KL pun lebih kurang 6 hours 🚗
It’s about choosing the perfect timing to start the journey..driving skill hebat potong memotong, and apa pun, dengan izinNYA jua of course.
So Syukur sangat..Doa jer sentiasa sebelum dan semasa perjalanan
Di kesempatan Syawal ni, Naa & Family nak ucapkan Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali kami🙏🏼 Mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.
Kalini kelik kelate, hubby nya dah malas nak angkut DSLR camera, so all pictures were captured using iphone mommy jer.
And tripod pulak lupa bawak, so this is the best family picture kitorang boleh dapat hasil low lighting and bantuan my cousin 😉
Naa nak simpan jugak sini, kenangan Raya 2019 Pictures with families...so that mudah nak cari and tengok balik
Kenangan pagi raya,
rasa sebak, sayu, happy semua pun ada..apa pun syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan malam raya untuk solat sunat tasbih, and pagi raya untuk solat sunat raya with Umi 🥰 things we did together since Naa kecik-kecik dulu *cuma now, I will never get the chance to do it with Abah together with my little family 😔 but, Allah knows best! Naa terima seadanya, syukur seadanya.
This year, kitorang ikut umi solat sunat aidilfitri kat Masjid Kampung Kusial, only 15 minutes drive from umi’s house at Tanah Merah.
Kat sinilah, kampung umi..dan kat sinilah jugak Naa dilahirkan rumah arwah MaTok. Kitorang duduk menyewa kat Kusial sampai Naa darjah 2. Awal darjah 2 tu, barulah kitorang 1 family pindah ke rumah Tanah Merah yang sekarang.
Danish & Daddy dulu posing dekat area depan rumah arwah Matok (*now rumah Ngah)
Abang Danial, as usual laju jer naik kat rumah Ngah, terus cari makan! 😅 Danial & Food tak dapat dipisahkan, sebab tu la badan makin bulatt!
Boleh kata now ni, sekali setahun jer big family dapat berkumpul time Raya. Dulu bapak sedara, mak sedara yang muda, makin bertambah usia. Dulu all my younger cousins yang kecik, now dah besar panjang, dah mula kerja jugak, and ada yang dah ada anak jugak dah.
Almost complete, 5 adik beradik umi with anak + cucu..lagi 2 families belum sampai time ni.
Another take, kita wefie lah! Kesian suami i tak masuk gambar pulak nanti 😂
Perut dah kenyang, sebelum gerak balik..sempat tahun ni kita singgah ke port famous bergambar kat Kg Kusial ni, dekat Guillemard Bridge! Yeayyy!!!!
Nasib kitorang baik, masa sampai kat sini..mmg takde orang lain yang sampai. So, takde la kena tunggu turn nak bergambar 😚
Kata umi, zaman dia sekolah dulu..memang inilah jalan nak ke sekolah. And masa Naa dok kat kampung kecik-kecik, bila musim banjir, jalan raya tak boleh lalu, orang kampung akan berjalan ikut jambatan ni, untuk cross sungai kelantan, and pergi ke bandar Tanah Merah, cari bekalan food.
Mujur ada sorang anak dah besar sikit untuk mintak tolong ambil gambar mommy+daddy ni 🥰
Nak demand lebih-lebih tak boleh la kan. After this, nak kena belikan camera untuk Danial practise selalu and asah skill.
Ni full ootd, kain semua dah komot dah. And kalau ada rasa pelik jer tudung express tu..haa, tudung pinjam from umi namanya🤭 kes lupa bawak tudung bila ke masjid awal pagi. Nak patah balik ambik memang tak lah kan, mahu nyer kena bebel tak bernoktah ngan suami i tu! Ahhaha..jadi Naa redha jer bila kena posing raya dengan tudung express ni!
Boleh nampak kan, belakang kitorang tu..dekat bridge, dah penuh umat manusia sekampung datang nak bergambar situ 🤪 nasib baik kitorang cepat few minutes jer tau! And kalau datang sini, nak berjalan kat batu-batu..tak payah mimpi pakai high heels ya akak-akak. Tak sesuai sangat, kang ada yang terpelecok jatuh, and tergeliat terus kaki, jadi tragedi pulak kat situ.
Last few poses from the boys ❗️
Balik rumah umi, barulah jumpa shawl sendiri..and another round of OOTD 🤣 baju komot dont care dah!
Kenangan dengan Umi, #teamrayapurple tahun ni
Kenangan dengan anak-anak dara Along (moklong)
Hubby with Ayahlong, cikgu bahasa melayu dan usahawan kambing ni! Hehehe..
Eh, tumpang bergambar la lagi sekeping, dua keping kat sini..
Ok, done kat Tanah Merah...
Kitorang terus lajak Raya ke Kemuning, Machang pulok! Rumah arwah TokAyah, yang sekarang dah jadi rumah Abah ☺️
Sampai jer rumah Abah, kebetulan family arwah MakYah and family CikAwang pun ada sekali. Terus lah posing for gambar!
Tengah semangat bercerita pasal Bayblade. AyahLan pun melayan jer anak-anak buah tu 😂
Gambar beraya sebelah petang ni, mmg dah tak banyak. Mommy dah kepanasan yang amat! Sebelum balik, sempat singgah ke rumah Moklong (kakak abah yang sulung), tapi gambarnya dah takde. Semua sibuk makan nasik jer time tu 🤭
Perjalanan balik, mmg jam dah jalan from Machang ke Tanah Merah. Adik dah tertonggeng tidur kepenatan, dan last sekali tertidur atas plastic yang ada Pisang Nangka mentah yang Tokbah bagi mommy 😂
Nasiblah takde getah pisang melekat kat baju tu anak oiii!!!
Nampaknya, sampai sini ajer la cerita 1 Syawal kami anak beranak ❤️
Semoga berjumpa lagi 1 Syawal akan datang InShaaAllah..
1 comments
best dih..eijah xsempat g rretok pon..sibukla di rumoh..las2 pete nk g lain pulok bru teringat..
ReplyDelete