8 Jenis Bengkung Pilihan Ibu Berpantang

October 16, 2018

Sekarang ni rasanya musim ramai orang bersalin. 

Jadi memang kena sangat, dan sesuai sangat untuk Naa kongsi sikit pasal amalan berbengkung selepas bersalin. 

Kita orang Melayu memang dah menjadi adat dan kebiasaan untuk bertungku, berbengkung sepanjang tempoh berpantang. 

Bagi yang bersalin secara normal, seawal hari kedua dah boleh terus mula berbengkung. Bagi yang bersalin secara pembedahan pula, perlu mengikut keadaan..seeloknya selepas luka jahitan dah sembuh. 

Kenapa pentingnya amalan berbengkung ni? 
Sebenarnya perut ibu mengandung selepas bersalin, ibarat macam belon yang asalnya tegang, kini jadi lembik dan menggeleber 😢 

Perut yang sudah membesar juga perlu dikecilkan dan dikempiskan balik. 

Ibu mana yang tak sakit hati kalau lepas bersalin, ada yang tegur “eh, mengandung lagi ya?”..adoii, isi dlm perut tu bukan lagi baby kalini, tapi lemak-lemak berlebihan 😭 

So, jangan culas atau ngelat nak berpantang sungguh-sungguh ya adik kakak semua 🤗 pastikan setiap hari wajib berbengkung.

Barulah perut cepat kempis, dan bodyshape cepat kembali ke asal InshaaAllah

Dulu zaman nenek dan mak mak kita tak banyak pilihan untuk jenis bengkung. Tak macam kita zaman sekarang, ada macam-macam pilihan bengkung moden 👍🏻

Jadi, kita boleh buat pilihan ikut mana yang berkenan. Kalau nak kesan terbaik hasil berbengkung, kenalah pilih bengkung yang berkualiti, terbukti berkesan. 

Dan apa yang penting mengikut bajet masing-masing. 

Jom kita tengok apa pilihan bengkung yang ada;




8) Bengkung Tradisional Bertali! 

Bengkung jenis ni, korang rasa-rasa
boleh ker pakai sendiri sorang-sorang ? 😅 
Jawapannya, tidak sama sekali ya.

Part nak tarik-tarik tali bagi ketat tu pun memerlukan tenaga dan kekuatan tangan. Dan semestinya ambil masa terlalu lama untuk siap pakai setiap hari sepanjang berpantang. 



7) Bengkung Lilitan Jawa! 

Yang ni pulak jenis kain yang kena lilit berkali kali, dan kepanjangannya 7meter ke 12 meter! 

Kalah labuh langsir rumah tauu! Hahaha..😆
Kalau ada yang rajin boleh lah cuba




6) Bengkung Tali Zig Zag!

Haa, ni antara yang kita biasa nampak, dan Naa sendiri pun pernah pakai waktu anak pertama dulu. Bidan yang pakaikan awal-awal tu.

Ia lebih kurang sama bengkung tradisional bertali yang awal tadi Naa share, tapi yang ni version yang dah dipermudahkan fungsinya untuk pakai.

Cuma yang ni kena beli ikut size yang betul ok! Kalau salah size, tak muat pulak nak pakai nanti. Size dia tak boleh adjust. 



5) Bengkung Bertali / Barut! 

Jenis ni lebih simple dan mudah nak pakai sendiri. Sambil baring atau berdiri pun boleh. Cuma satu jer, bahagian bawah kena longgarkan sikit untuk mudah nak ke toilet. 

Ini pun bengkung yang pernah Naa pakai. Mmg mudah, tapi agak kurang selesa pakai bila cuaca panas, dan setiap kali lepas pergi toilet, dah rasa longgar dan lari dari paksi 😅



4) Bengkung Moden Sarung (Tube) ! 

Memang sangat mudah nak pakai. Sarung jer kan. Tapi, tengok pada saiznya pun kita tahu dia tak cover menyeluruh bahagian perut dan bawah perut. 



3) Bengkung Moden (Velcro)! 

Tak perlu nak lilit or nak ikat ikat. Hanya adjust ikut keselesaan dan lekatkan ajer. So easy. Cuma pastikan cari yang diperbuat dari material kain tak panas. 

Naa pernah pakai juga yang jenis material getah. Mak aihhh, mmg lencun banjir peluh..dan sangat tak selesa pakai. So, cari material yang sedap pakai, dan meresap peluh👍🏻



2) Bengkung Moden 3 in 1!

Hmm..yang ini Naa pun kurang pasti apa yang 3 in 1. 
Naa tak pernah pakai. Dan nampak macam kurang kemas jer macam ni.

Kalau dlm pantang pakai ok la kot. Tapi bila nak keluar rumah, confirm berbonjol bonjol tak kemas nampak kat baju nanti. Hehe..

Tapi terpulang lah pada pilihan masing-masing kan. If it works, and korang suka..boleh pilih jenis ni. 
.
.
.
dan
.
.
Premium Beautiful - bengkung moden - set berpantang - pilihan ibu


Haaa, now kita sampai pada pilihan bengkung No.1 untuk wanita moden zaman sekarang..PB corset😘👍🏻

Kenapa Naa kata pilihan No.1 ?! 

Sebab memang menjadi igauan, dan idaman semua ibu-ibu selepas bersalin. PB ni dah berada dalam pasaran lebih 20 tahun dah. 

Kalau tak bagus, confirm dah tak wujud sampai sekarang kan..

Naa sendiri dapat peluang pakai PB ni, lepas setahun lahirkan anak 1st, Danial. And memang rasa macam diberi satu harapan baru untuk dapatkan balik bodyshape sebelum pregnant.

Dan memang hasilnya dapat pakai balik baju dan seluar lama 👍🏻 

And after bersalin anak 2nd, Danish..seawal minggu pertama, Naa terus sarung PB corset! Memang betullah, bila start pakai semasa dalam pantang.

Cepat Naa nampak kesan mengecil, shaping, and yang best nya, mudah sangat pakai sendiri, dan takde problem nak ulang alik toilet. 

Badan pun rasa ringan sangat, mudah bergerak waktu pantang. Nak breastfeed baby pun takde masalah, and ada support pada breasts agar tak jatuh u’olls 😂

Tulang belakang and body posture pun terjaga dengan pakai PB ni, sebab bengkung direka dengan memory wires yang mudah lentur ikut badan kita. Lagipun PB waist Nipper ni certified by Chiropractor Association.

Naa share lebih sikit lagi apa kebaikan berpantang dengan Premium Beautiful
👇🏻👇🏻👇🏻

Premium Beautiful - bengkung moden - set berpantang - pilihan ibu - kelebihan


So now, semua dah tengok apa pilihan
bengkung yang ada kan?  

Apa pun pilihan u’olls..bila dah beli, sila pakai dengan konsisten dan disiplin setiap hari ya! 

Nak dapatkan hasil, kenalah usaha. Kalau tergolek jer dengan baby tanpa berpantang dengan sempurna..nanti badan kita ni yang akan merasakan kesan sakit situ sini bila dah bertambah usia.

Dan bila badan makin kembang situ sini, abang tengok pun dah makin kurang umphh! 
Jangan main-main tau dikk! Ni sis nak pesan awal-awal 😁👌🏻

Let’s Cantik dan Sihat Sama-Sama 💕

Do contact Naa, if berminat nak tahu lebih pasal PB corset, and current Promotion 😁

You Might Also Like

0 comments

Like Me on Facebook

Follow @naakamaruddin on Instagram