TAK SANGGUP TINGGAL ANAK!
August 25, 2017
Dilema seorang Mak❗️
Giler lah kalau mak tak sayang anak 😂
Tapi, berapa ramai mak-mak sekarang meninggalkan anak sebab kerja. Tak kerja, tak ada duit lah jawabnya. Bila tak ada duit, nak bagi makan, pakai, sekolah macam mana? 💁🏻
Ramai juga korbankan kerjaya, terus tumpukan sepenuh masa sebagai SAHM, hanya jaga anak-anak di rumah sepenuh masa dan bergantung sepenuhnya pada suami yang menanggung segala perbelanjaan. UNTUNGlahhh badan kan. Tapi bukan semua yang mampu buat macam tu 🙅🏼 Dan apa yang paling merisaukan..bila soal nyawa kita, nasib masa depan kita ni bukan dalam kawalan kita.
Dah bersediakah kita untuk nak tinggalkan bekalan, persiapan, simpanan dan sebagainya untuk anak-anak yang kita sayang sangat-sangat ni? WHAT IF...esok kita tak ada, esok suami kita tak ada 😥
....
Baru-baru ni, suami Naa kongsi cerita kawan sekolahnya, yang mana suaminya tiba-tiba hilang penglihatan. Dari sihat walafiat, tiba-tiba dah jadi kurang upaya, dari ada kerja dah hilang pekerjaan. Dah diuji sebegitu, si isteri juga terpaksa berhenti kerja untuk jaga suami di rumah, dan menguruskan anak-anak 😰 AllahuAkbar..besar sungguh ujian tu. Then Naa tanya, macam mana nak survive bila suami isteri dah tak kerja?? 🤔
She recently started bisnes jual jual online sikit-sikit. Jadi sekarang, itu jerlah apa yang boleh dia lakukan dari rumah, sambil jaga suami yang kurang upaya dan anak-anak
....
Jadi, kat sini...apa yang Naa nak kongsi, jom kita mula buat persediaan dari awal. Janganlah kita cepat rasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Tengok ajer lah berapa ramai wanita sekeliling kita yang terpaksa kembali bekerja, terpaksa mula jual nasi lemak, ambil upah itu ini..setelah menjadi ibu tunggal 😥
To all superwomen, adik, akak yang Naa sayang..sama-samalah kita beringat dan bersedia. Kita wanita ni insan istimewa yang dijadikan kuat, dan bukan sehaja mampu menghayun buaian, tapi mampu menguatkan ekonomi keluarga kita juga 💪🏻 PERCAYALAH!
Satu ayat Mentor Naa selalu pesan, setiap kali kita keluar bekerja..pasang NIAT semua kita buat kerana Allah, dan untuk cari rezeki halal, nak bagi yang terbaik untuk anak-anak, untuk mak ayah. Jadi, serahkan sepenuhnya, mintak pada Allah untuk JAGA ANAK-ANAK yang kita sayang
❤️❤️❤️
Kita kena yakin, dan letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Allah untuk memelihara anak-anak kita. Kerana setiap apa yang berlaku haya dengan izinNYA
#BCnaakamaruddin
0 comments