Resipi Ikan Bilis Kicap Krup..Krap..
January 26, 2016
Korang ada banyak stok ikan bilis kat rumah tak?
Sometimes, bila dah lama simpan, rasa ikan bilis jadi kurang sedap dah.
So, disebabkan nak habiskan stok cepat-cepat , Naa dok fikir apa lagi cara nak masak
selain buat sambal tumis ikan bilis.
So, tengah malam buta semalam Naa cari la idea kat google.
Dalam banyak-banyak berkenan dengan Resipi Ikan Bilis Masak Kicap.
So, tengahari ni hasil kerjasama suami isteri,
terhasil Ikan Bilis Kicap Rangup yang tersedap dan lazat ni.
Bila makan jer, berbunyi Krup..Krap.. ;P
Kat sini, Naa share resipi yang sangat mudah, olahan sendiri daripada resipi asal.
Semua orang should try, and InshaaAllah confirm jadi.
Ingredients:
2 1/2 genggam Ikan Bilis, dicuci bersih
10 biji cili padi di ketuk-ketuk
1 biji bawang holland di hiris
2 sudu kicap manis ( *Naa pakai Kicap Cap Kipas Udang)
1 sudu cili boh (*Naa memang pakai cili boh beli siap jer mudah)
1 sudu kecil Garam Buluh (sebagai perasa dan penyedap yang sihat dan bagus untuk kesihatan)
Cara Masak:
1. Ikan Bilis digoreng garing dan diketepikan (my hubby yang tolong goreng ni, so credit to him)
2. Keluarkan baki minyak tadi dari kuali, dan tinggalkan sedikit sahaja.
3. Masukkan bawang hirisan bawang holland tadi ke dalam minyak panas, tumis sehingga naik bau.
4. Tambah cili boh, dan tumis sehingga wangi.
5. Masukkan cili padi yang diketuk tadi.
6. Masukkan Kicap manis dan gaul rata.
7. Taburkan garam buluh sebagai perasa dan gaul rata.
8. Tutup api dapur.
9. Masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul rata.
Taraaaa...siap dan sedia untuk dihidang!
*Suggestion:
sangat sedap dimakan dengan nasi putih panas, nasi goreng, dan juga roti putih.
Bila my first try menjadi dan sedap, terus terfikir nak buat again untuk jadi bekal bawak travel nanti. My next holiday to Osaka is in february. So just nice untuk try buat bekal sendiri, tak payah beli dari orang dah.
Hubby said, you buat sedap, dah boleh jual jugak ni!
Hehe, sebenarnya rahsia air tangan suami isteri jugak tau.
So, kalau nak masak, korang try la masak bersama kat dapur ;)
* Credit to maorisaid.blogspot.my for the original recipe.
0 comments